Gerakkan Mengislamisasikan Amalan Spiritual Agama Asing Ke Amalan Muslim
New Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik eleman-eleman dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Felling are Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen negatif di sekeliling.
Antara ritual dan kaedah agama yang digemari New Age Movement ini dengan memetik amalan keagamaan seperti Yoga, Chakra, Kundalini, Tantra, Reiki, Qigong, Hypnotherapy, Transformational Breathing, Transcedental Meditation, Huna, Fourth Way, Macrobiotic, konsep tenaga positif dan negatif dan seumpamanya telah diadun dengan kaedah sains palsu dan juga diberi istilah yang lain untuk membuktikan ritual itu adalah praktikal dan bukan bersifat doktrin semata.
Yoga dan Chakra adalah antara konsep yang utama yang diperkenalkan di dalam New Age. Cuma yang membezakan adalah mereka memberi istilah ‘islamik’ dari terma agama untuk mengaburi ramai pihak. Yoga sememangnya jelas ia adalah eleman yang diajar di dalam agama Hindu, dan di dalam Hinduisme yoga dikenali sebagai Nadi. Ia adalah amalan yang berasal dari agama Hindu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan umat Islam dari terlibat dengan sebarang unsur melibatkan Yoga.
Dalil tentang konsep yoga dan chakra ini ada disebut di dalam kitab suci Hindu iaitu Upanishad:
“Dalam jantung ada atman ini. Dari sini ada serratus satu nadi. Setiap nadi ini terbahagi dalam seratus saluran yang lebih kecil. Dari setiap saluran kecil ini terbahagi lagi menjadi 72 000 saluran cabang. Di dalam saluran-saluran inilah vyana bergerak. Sekarang bergerak ke atas melalui salah satu saluran ini, nafas ke atas (udana) sebagai akibat dari perbuatan baik akan menuju dunia yang baik, sebagai akibat perbuatan buruk akan menuju ke dunia yang buruk, dan sebagai akibat dari kedua-duanya, kepada dunia manusia.” (Prasna Upanishad 3: 6-7)
Inilah ayat berkaitan dengan Yoga dan Chakra. Ia adalah jelas merupakan konsep agama Hindu. Amalan ini belum pernah terbukti dari sudut saintifik samada ia memberi kebaikan kecuali hanya melalui testimoni dari orang yang mengamalkannya.
Doktrin Yoga dan Chakra ini menjadi penting bagi New Age kerana ia membantu mereka untuk mengaitkan ‘kuasa dalaman’ dan ‘potensi dalam diri’ untuk ‘memotivasikan’ bagi menguatkan diri seseorang.
Apa Masalah New Age & Muslim?
Antara sikap yang terbentuk kepada pengamal ‘Islamik New Age’ ini adalah mereka akan cenderung untuk melogikkan perkara mukjizat dengan amalan yang dibawa oleh New Age.
Contoh terdekat adalah, di dalam New Age menekankan bahawa setiap manusia menghasilkan aura positif dan negatif. Untuk mendapat aura positif itu perlu menjalani beberapa syarat antaranya sentiasa berkata perkataan yang positif dan tidak mengucapkan perkataan yang menunjukkan kita lemah.
Lalu New Age akan memberi ‘bukti’ dengan sains palsu tentang kajian Masaru Emoto tentang molekul air akan berubah menjadi cantik apabila diucapkan perkataan positif, manakala molekul air akan berubah menjadi buruk apabila diucapkan perkataan negatif. Walhal kajian ini belum pernah dibuktikan sah! William A. Tiller di dalam What The Bleep Do We Know? mengulas bahawa kajian Emoto itu tidak berasas.[1] Malah ramai ahli sains lain turut mengkritik beliau seperti William Reville, Tyler Volk, Harriet A. Hall, Stephen Kiesling dan ramai lagi.
Lalu dengan ‘bukti saintifik’ dari Emoto ini digunakan mereka untuk mengajar kita bahawa jangan sesekali kita mengucapkan perkataan sesuatu yang negatif dan yang melemahkan. Hasil dari prinsip ini ia membentuk penafian pengikut New Age terhadap doa yang diajarkan oleh nabi Muhammad SAW seperti doa:
“La Haula wa La Quwwata illa billah”
( Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah )
copas telegran
Komentar
Posting Komentar